AGENDA

MB ucap selamat Hari Ponggal, semoga komuniti India dilimpahi rezeki

15 Jan 2023, 3:50 AM
MB ucap selamat Hari Ponggal, semoga komuniti India dilimpahi rezeki

SHAH ALAM, 15 JAN: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut pesta Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil negeri ini yang meraikan sambutan itu hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata Ponggal penting sebagai tradisi untuk membawa rezeki yang “melimpah ruah” dalam kehidupan dan rumah tangga.

"Selamat menyambut pesta Ponggal. Kebanyakan keluarga dan komuniti Tamil di seluruh Selangor sedang menyambut upacara pesta menuai Ponggal, menyambut permulaan bulan Thai dalam kalendar Tamil.

"Moga semua dikurniakan semangat yang teguh dalam merayakan Ponggal," katanya.

Perayaan ini disambut semasa musim menuai oleh masyarakat India di Tamil Nadu sebagai tanda terima kasih kepada alam semula jadi yang disambut pada hari pertama bulan Thai menurut kalendar Tamil.

Ponggal ialah nama nasi manis yang ditanak bersama susu menggunakan periuk tanah. Di Malaysia, perayaan ini dianggap sebagai sebahagian festival melibatkan pelbagai kaum.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.