AGENDA

Dengar jeritan, mangsa korek tanah guna tangan, selamatkan wanita tertimbus

16 Dis 2022, 5:47 AM
Dengar jeritan, mangsa korek tanah guna tangan, selamatkan wanita tertimbus

SHAH ALAM, 16 DIS: Seorang mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran ladang organik, Gohtong Jaya menyelamatkan dua beranak dengan mengorek runtuhan menggunakan tangan.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Chong, 28, berkata beliau bertindak demikian selepas mendengar jeritan meminta tolong ketika lari menyelamatkan diri, lapor Kosmo! Online.

“Setelah menyedari tanah runtuh yang berlaku, saya segera keluar dari khemah untuk menyelamatkan diri namun terdengar suara jeritan daripada kawasan sekitar, dan menjumpai seorang wanita telah tertimbus separuh badan.

“Saya menggali dan menarik mangsa dan seorang anak perempuannya keluar dari timbunan dalam anggaran 10 hingga 15 minit untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Seramai 13 mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 11 pagi ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.