AGENDA

RM3 juta disediakan untuk hadiah masuk universiti anak Selangor

26 Nov 2022, 5:56 AM
RM3 juta disediakan untuk hadiah masuk universiti anak Selangor

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak RM3 juta disediakan bagi meneruskan pelaksanaan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program akan memberi manfaat kepada 3,000 pelajar anak Selangor.

"Peruntukan memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

"Pemohon yang layak merupakan pelajar tahun pertama dari peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda," katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.