AGENDA

Jelajah Mega HARAPAN di Dewan Serbaguna AU2 malam ini

16 Nov 2022, 3:56 AM
Jelajah Mega HARAPAN di Dewan Serbaguna AU2 malam ini

SHAH ALAM, 15 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan jelajah mega Selangor di Dewan Serbaguna AU2, Taman Keramat bermula 8 malam ini.

Program anjuran Biro Mobilasi HARAPAN dengan slogan rasmi Kita Boleh bakal disertai pemimpin tertinggi gabungan pelbagai parti komponen.

Antara yang dijadual hadir ialah pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Majlis turut disertai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli.

Orang ramai boleh juga menonton siaran langsung program berkenaan di Facebook Pakatan Harapan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.