AGENDA

PRU15: Anwar bertanding kerusi Parlimen Tambun

20 Okt 2022, 2:51 PM
PRU15: Anwar bertanding kerusi Parlimen Tambun

IPOH, 20 OKT: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan perkara itu sempena Konvensyen HARAPAN di Pusat Konvensyen Ipoh malam ini.

“Saya tak memilih kawasan yang mudah menang, yang jamin majoriti. Saya ketua dan kena berani rempuh dan tawan Tambun.

“Perak punyai potensi sehebat Pulau Pinang, Selangor. Beri mandat kepada HARAPAN. Tawan semua Parlimen dan jadi gergasi ekonomi baharu. Saya mahu Perak diangkat martabatnya. Jadi barisan hadapan pada PRU kali ini,” katanya ketika berucap.

Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari mengundi bagi PRU15.

Penamaan calon diputuskan pada 5 November sementara pengundian awal pada 15 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Pelaksanaan PRU15 melibatkan peringkat Parlimen seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

Turut diadakan serentak adalah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.