AGENSI

Sambutan Deepavali peringkat negeri di Klang 22 Oktober

20 Okt 2022, 3:22 AM
Sambutan Deepavali peringkat negeri di Klang 22 Oktober
Sambutan Deepavali peringkat negeri di Klang 22 Oktober

SHAH ALAM, 20 OKT: Program sambutan Deepavali peringkat negeri akan berlangsung di pekarangan

Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober.

Majlis makan malam mulai 7.30 hingga 11 malam itu bersekali acara Jelajah Selangor Penyayang fasa

dua yang berlangsung hingga keesokannya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual merasmikan jelajah kebajikan bertema Membina Keluarga Penyayang di Stadium Sultan Sulaiman.

Pelbagai kegiatan menarik dianjurkan antaranya pertandingan keluarga, pakaian beragam, saringan kesihatan, permainan tradisional dan pameran agensi negeri.

Sebelum ini, polis trafik Klang Selatan memaklumkan empat jalan sekitar Little India, Klang ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat mulai semalam hingga Isnin.

Menurut polis, penutupan tersebut bagi memudahkan orang ramai membeli-belah barangan keperluan di kawasan tersebut sempena sambutan Deepavali pada 24 Oktober.

Tarikh, masa dan jalan terlibat seperti berikut:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.