AGENSI

PKNS lancar Residensi Advena, buka peluang orang ramai miliki rumah

14 Okt 2022, 9:09 AM
PKNS lancar Residensi Advena, buka peluang orang ramai miliki rumah

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 14 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempelawa orang ramai ke majlis pelancaran projek perumahan Residensi Advena esok.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata majlis tersebut akan dijalankan di kompleks perbadanan itu di Seksyen 14 di sini bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Lebih 50 peratus daripada 232 unit kediaman di Residensi Advena sudah ditempah.

“Dengan keluasan kira-kira 274.32 meter persegi, setiap unit dijual pada harga di bawah RM400,000,” kata Datuk Mahmud Abbas selepas majlis perasmian Promosi Jualan Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 PKNS di sini hari ini.

Beliau berkata Residensi Advena dibangunkan di kawasan strategik di Seksyen 16, berdekatan dengan kemudahan asas seperti masjid, pusat komersial selain memiliki landskap menarik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.