ADN

DUN Subang Jaya manfaat hampir RM20,000 selenggara gelanggang sukan

13 Ogos 2022, 1:00 PM
DUN Subang Jaya manfaat hampir RM20,000 selenggara gelanggang sukan

SUBANG JAYA, 13 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memanfaat hampir RM20,000 bagi menyelenggara gelanggang sukan di tapak riadah Jalan SS19/1G di sini.

Wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze berkata gelanggang itu dibaik pulih kerana mengalami kerosakan teruk sehingga membahayakan keselamatan penduduk.

“Kita menerima aduan daripada penduduk Fabruari lalu berhubung gelanggang tersebut dan mengambil tindakan segera kerana walaupun rosak mereka masih menggunakannya untuk beriadah.

“Pembinaan gelanggang mula dijalankan pada 16 Mei dan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu iaitu 30 Mei,” katanya.

Sementara itu, Michelle memaklumkan penyelenggaraan gelanggang itu merupakan salah satu daripada 11 projek yang dirancang tahun ini untuk penduduk sekitar Subang Jaya.

“Tahun ini kita merancang 11 projek dan semuanya mengikut kuota serta senarai giliran bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik.

“Antara projek yang bakal dilaksana ialah taman permainan, bantuan sekolah dan surau. Semua bantuan ini mengikut permintaan penduduk,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.