AGENDA

Bekalan air enam kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya

10 Ogos 2022, 3:13 AM
Bekalan air enam kawasan Hulu Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 10 OGOS: Bekalan air di enam kawasan di Hulu Selangor yang terlibat dengan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pulih sepenuhnya setakat jam 10 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kawasan berkenaan ialah Perkampungan Darul Atiq, Kampung Melayu Rasa Tambahan, Desa Rening Jaya, Industri Ulu Yam Perabot, Taman Widuri, dan Taman Kesumba.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua 188 kawasan wilayah Hulu Selangor pada jam 8 pagi, 11 Ogos," kata syarikat itu di Facebook.

Air Selangor berkata lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terlibat dan keutamaan diberi kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Untuk maklumat lanjut, layari https://hentitugas.airselangor.com/

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.