AGENSI

Team Selangor, MPKL dan DUN Tanjung Sepat bersih pesisir pantai

9 Ogos 2022, 5:20 AM
Team Selangor, MPKL dan DUN Tanjung Sepat bersih pesisir pantai

SHAH ALAM, 9 OGOS: Team Selangor berganding bahu dengan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam program membersihkan Pantai Batu Laut Sabtu lalu.

Program Gotong-Royong Perdana itu turut mendapat kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat.

"YB Borhan Aman Shah (Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat) bersama-sama 80 orang membersihkan persisiran Pantai Batu Laut yang menjadi tempat kunjungan orang ramai.

"Kebersihan pantai perlu dijaga agar ekosistem sekitar tidak rosak dan musnah," tulisnya di Facebook.

Program yang berlangsung seawal jam 8.30 pagi dimulai dengan senamrobik dan taklimat ringkas daripada penganjur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.