AGENDA

Tundukkan Sabah FC, Selangor ke separuh akhir Piala FA

23 Jul 2022, 2:13 PM
Tundukkan Sabah FC, Selangor ke separuh akhir Piala FA

SHAH ALAM, 23 JULAI: Selangor FC mengalahkan pasukan tuan rumah, Sabah FC 2 - 0 dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2022 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Dengan kemenangan itu, pasukan Gergasi Merah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner memperoleh gol pertama menerusi penyerang import, Hyuri Henrique pada awal perlawanan.

Selangor FC mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua hasil jaringan Herlison Caion (mint ke-81).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.