AGENDA

Menteri: Hanya Selangor buat siasatan awam sebelum nyahwarta hutan simpan

18 Jul 2022, 11:00 AM
Menteri: Hanya Selangor buat siasatan awam sebelum nyahwarta hutan simpan

SHAH ALAM, 18 JULAI: Selangor merupakan satu-satunya negeri yang melaksanakan siasatan awam sebelum mana-mana hutan simpan kekal (HSK) di nyahwarta.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata pindaan Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan 1985 itu dibuat pada 2011 di Dewan Negeri Selangor (DNS).

"Negeri Selangor merupakan satu-satunya negeri yang memperkenal atau yang melaksana siasatan awam sebelum pindaan Seksyen 11 iaitu pada 2011.

"Jadi sudah ada proses untuk siasatan awam. Jadi Selangor boleh buat, Selangor mementingkan perkara ini dan saya rasa ini akan dibentang dalam Majlis Tanah Negara nanti," kata Datuk Takiyudin Hassan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin sama ada pandangan orang ramai diambil kira bagi pelaksanaan membabitkan kawasan hutan ketika mengusulkan pindaan Akta Perhutanan Negara 1984.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.