AGENDA

Aktivis KEADILAN hadir kongres parti meninggal dunia

16 Jul 2022, 4:15 AM
Aktivis KEADILAN hadir kongres parti meninggal dunia

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang menghadiri Kongres Nasional KEADILAN di IDCC di sini meninggal dunia di hotel penginapan malam tadi.

Setiausaha Agung KEADILAN berkata perwakilan itu dikenali sebagai Hasim Yusof dari Merbok, Kedah antara aktivis awal terbabit dengan perjuangan parti, lapor Berita Harian.

"Perwakilan ini datang dari jauh (dari) Merbok. Setibanya ke hotel penginapan beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Beliau meninggal dalam perjuangan," kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyampaikan ucapan aluan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-16 hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.