AGENSI

Air Selangor saran pelanggan tempah janji temu, percepat urusan di kaunter

24 Jun 2022, 9:09 AM
Air Selangor saran pelanggan tempah janji temu, percepat urusan di kaunter
Air Selangor saran pelanggan tempah janji temu, percepat urusan di kaunter

SHAH ALAM, 24 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melaksanakan kaedah janji temu secara dalam talian sebelum berurusan di kaunter khidmat pelanggan mulai hari ini.

Syarikat pembekal air itu memaklumkan pelaksanaan kaedah itu merupakan sebahagian inisiatif memudahkan pelanggan dan mengurangkan tempoh menunggu ketika berurusan dengan Air Selangor.

"Dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami, para pelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian sebelum berurusan di kaunter khidmat pelanggan," katanya menerusi Facebook.

Orang ramai yang ingin membuat janji temu, boleh layari https://temujanji.airselangor.com atau imbas kod QR seperti yang dipaparkan dalam poster.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.