ADN

Wakil rakyat Seri Setia, Pekawanis santuni 10 pesakit kronik

26 Mei 2022, 3:43 AM
Wakil rakyat Seri Setia, Pekawanis santuni 10 pesakit kronik

SHAH ALAM, 26 MEI: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyantuni 10 pesakit kronik di kawasan berkenaan.

Halimey Abu Bakar berkata mereka menyerahkan bantuan wang tunai dan barang keperluan harian menerusi Program Ziarah Medik sambil ditemani isterinya Suhatty Bakri.

“Sumbangan turut diagih bersama beberapa individu termasuk Ahli Majlis MBPJ Zon 4, Anwar Nekhan dan Ahli Majlis Zon 24, Ridzuan Ahmad.

“Terima kasih kepada Pekawanis di bawah kelolaan isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad,” katanya menerusi Facebook.

Tahun lalu, Pekawanis memperuntukan sejumlah RM220,000 bagi membantu pesakit kronik di 44 DUN di bawah program Ziarah Medik Pekawanis.

Inisiatif itu bertujuan meringankan beban pesakit untuk membeli ubat-ubatan iaitu setiap pesakit diberi RM250 untuk membeli ubat dan barangan keperluan harian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.