BERITA UTAMA

121 kakitangan MBSA terima anugerah cemerlang 2021

29 Mac 2022, 3:58 PM
121 kakitangan MBSA terima anugerah cemerlang 2021

SHAH ALAM, 29 MAC: Seramai 121 kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 hari ini.

Berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, mereka menerima wang tunai RM1,000, Sijil Simpanan Premium (SSPN) bernilai RM400 dan sijil penghargaan.

MBSA turut memberi Anugerah Khas Perkhidmatan kepada 24 individu dan masing-masing menerima wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.

Dua kakitangan MBSA menerima Anugerah Khas Datuk Bandar iaitu Pemangku Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBSA Datuk Ir Ts Hanif Basree Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Wan Suraya Sahabaludin.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM4,000 dan sijil penghargaan.

Turut menerima anugerah sama bagi kategori Jabatan Cemerlang iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan memenangi wang tunai RM5,000.

Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 MBSA disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kassim dan Datuk Bandar Shah Alam Dato' Zamani Ahmad Mansor.

Dalam majlis tersebut, tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada artis antaranya Datuk Ramli Sarip, Haiza dan Wany Hasrita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.