AGENSI

Mangsa kebakaran di Gombak terima bantuan Zakat Selangor

3 Feb 2022, 8:32 AM
Mangsa kebakaran di Gombak terima bantuan Zakat Selangor

SHAH ALAM, 3 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni empat keluarga terlibat kebakaran di Kampung Sri Makmur, Seri Gombak dekat sini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan semua keluarga tersebut turut menerima sumbangan kecemasan bagi meringankan beban.

"Baki bantuan akan disalurkan setelah Zakat Selangor menerima dokumen yang lengkap daripada mereka.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba. Semoga mereka diberi kesabaran dan ketabahan atas ujian ini serta dimudahkan segala urusan,"katanya.

LZS turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dan sudah disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 28 Januari lepas melibatkan empat buah rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.