AGENDA

Fasa pembangunan SSAP Changkat Menteri mulai suku pertama tahun depan

26 Nov 2021, 10:35 AM
Fasa pembangunan SSAP Changkat Menteri mulai suku pertama tahun depan

OLEH NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM, 26 NOV: Projek hab sekuriti makanan berteknologi tinggi Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Changkat Menteri, Sabak Bernam akan memulakan fasa pembangunannya pada suku pertama tahun hadapan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata fasa terbabit adalah selaras dengan pelaksanaan Program Keselamatan Bekalan Makanan yang diumumkan ketika Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Ketiga.

"Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan turut membangunkan SSAP di Kuala Langat Selatan berkonsepkan agro-forestry bagi menyumbang kepada rantaian bekalan negeri dalam memastikan sekuriti makanan negeri sentiasa berada pada tahap optimum," katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.