Tali, tangan dan cerita

27 Dis 2025, 2:01 AM
Tali, tangan dan cerita

Seni gentian memanfaatkan serat, tali dan bahan tekstil sebagai medium utama. Memerlukan teknik ikatan dan lilitan yang teliti, seni ini menggabungkan elemen tradisi dalam setiap simpulan.

Salah satu cabang seni gentian ialah macramé, yang menggunakan teknik ikatan tali untuk menghasilkan corak dan struktur, tanpa menggunakan jarum, benang atau mesin.

Karya macramé dihasilkan sepenuhnya melalui simpulan tangan, dengan menggabungkan pelbagai jenis ikatan seperti simpulan rata, simpulan spiral dan simpulan separuh.

Di sebalik kebangkitan semula seni gentian ini, Nurtureknots menjadi ruang kreatif yang memelihara dan menghidupkan seni macramé dalam konteks moden.

Jurufoto Mohd Khairul Helmy Mohd Din merakam penghasilan kraftangan itu, membuktikan hasil tempatan masih mempunyai nilai, cerita dan kreativiti tersendiri.

Pembuat kraftangan tali Nurtureknots, Fatin Nor Syamimi Mohamad Kamal, 36, (dua, kanan) bersama kaitangannya menyiapkan tempahan pelanggan di kajang.

Pelbagai peralatan seperti gelendong tali, gunting dan cangkuk anyaman disusun rapi sebagai keperluan utama dalam proses pembuatan kerusi secara manual di Nurtureknots, Kajang.

Pembuat kraftangan tali Nurtureknots, Fatin Nor Syamimi Mohamad Kamal, 36, menyiapkan tempahan pelanggan di kajang.

Dari tangan ke simpulan, setiap helai tali membawa cerita kesabaran dan cinta terhadap seni kraf tempatan.

Ketelitian dan kesabaran menjadi nadi utama dalam setiap proses anyaman yang dihasilkan oleh pengusaha kraf tempatan.

Proses pembuatan kraftangan dilakukan sepenuhnya dengan tangan bagi mengekalkan kualiti dan sentuhan peribadi.

Kakitangan Nurtureknots menyiapkan hasil kraftangan secara manual, memastikan setiap anyaman kemas dan berkualiti tinggi.

Proses anyaman kerusi dilakukan dengan teliti menggunakan peralatan khas bagi memastikan setiap helai tali disusun kemas dan kukuh di bengkel Nurtureknots, Kajang.

Di sebalik gulungan tali dan peralatan kraf, ketelitian serta kesabaran menjadi nadi utama dalam setiap hasil buatan tangan yang dihasilkan.

Tangan mahir seorang kakitangan Nurtureknots menganyam tali kerusi secara manual bagi menyiapkan tempahan pelanggan. Proses anyaman kerusi dilakukan dengan teliti menggunakan peralatan khas bagi memastikan setiap helai tali disusun kemas dan kukuh di bengkel Nurtureknots, Kajang.

Dua kakitangan Nurtureknots tekun menyiapkan tempahan pelanggan dengan menganyam tali kerusi buatan tangan di Kajang, Selangor.