ad

Di balik sunyi hutan: Ketegasan JPNS roboh infrastruktur Hutan Simpan Sungai Buloh

18 Nov 2025, 8:01 AM
Di balik sunyi hutan: Ketegasan JPNS roboh infrastruktur Hutan Simpan Sungai Buloh

Selepas peringatan pengosongan diberi selama setahun, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh di Hutan Simpan Sungai Buloh.

Menerusi Ops Selamat Fasa 3 pada Rabu lalu, JPNS merobohkan pelbagai struktur binaan di atas kawasan seluas 47 hektar, yang dipercayai menceroboh hutan berkenaan sejak lebih 15 tahun lalu.

Dalam operasi yang bermula jam 6 pagi itu, JPNS turut merobohkan premis milik sebuah syarikat pembinaan yang sering terlibat dalam pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi

Jurufoto Remy Arifin dan Harun Tajudin merakam kerja merobohkan struktur binaan haram pada 12 dan 13 November.

Anggota penguat kuasa mendengar taklimat sebelum memulakan Ops Selamat Fasa 2 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Petaling Jaya.

Anggota penguat kuasa bersiap siaga di setiap titik operasi ketika Ops Selamat Fasa 2 dilaksanakan di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik ke struktur binaan haram semasa Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya pada 12 November 2025 sebagai langkah memastikan tiada aliran kuasa aktif sebelum kerja-kerja perobohan dijalankan.

Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling meninjau kerja-kerja merobohkan struktur binaan haram semasa Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya.

Penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling memastikan pelaksanaan prosedur yang teratur dengan mengeluarkan barangan terlebih dahulu sebelum merobohkan binaan haram semasa Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh.

Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling meninjau kerja-kerja merobohkan struktur binaan haram semasa Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya.

Kerja-kerja merobohkan struktur binaan haram giat dijalankan semasa Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya. Operasi ini merupakan usaha berterusan pihak berkuasa bagi menangani pencerobohan kawasan hutan simpan.

Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling meninjau kerja-kerja merobohkan struktur binaan haram semasa Ops Selamat Fasa 3 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya.

Di tengah rimba yang pernah tercemar, besi dan dinding tidak sah akhirnya tumbang. Inilah detik Ops Selamat Fasa 3 di Hutan Simpan Sungai Buloh.

Di tengah rimba yang pernah tercemar, besi dan dinding tidak sah akhirnya tumbang. Inilah detik Ops Selamat Fasa 3 di Hutan Simpan Sungai Buloh.