ad

JPNS roboh infrastruktur haram di Hutan Simpan Sungai Buloh

18 Nov 2025, 1:00 AM
JPNS roboh infrastruktur haram di Hutan Simpan Sungai Buloh
JPNS roboh infrastruktur haram di Hutan Simpan Sungai Buloh
JPNS roboh infrastruktur haram di Hutan Simpan Sungai Buloh
JPNS roboh infrastruktur haram di Hutan Simpan Sungai Buloh
JPNS roboh infrastruktur haram di Hutan Simpan Sungai Buloh

PETALING JAYA, 17 NOV: Selepas peringatan pengosongan diberi selama setahun, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh di Hutan Simpan Sungai Buloh, di sini.

Menerusi Ops Selamat Fasa 3 yang diadakan pada Rabu lalu, JPNS merobohkan pelbagai struktur binaan di atas kawasan seluas 47 hektar, yang dipercayai menceroboh hutan berkenaan sejak lebih 15 tahun lalu.

Timbalan Pengarah (Operasi Hutan) JPNS, Mohd Nor Firdaus Rahim berkata operasi tersebut disertai pelbagai agensi antaranya polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), dengan kekuatan kira-kira 200 anggota dan kakitangan.

Kerja-kerja merobohkan struktur binaan haram ketika Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya pada 12 November 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kita pergi ke seluruh zon yang melibatkan 47 hektar, keluasan hutan simpan yang telah diteroka sejak sekian lama iaitu lebih kurang 15 hingga 20 tahun.

“Hari ini kita jalankan aktiviti penguatkuasaan untuk memusnahkan insfrastruktur iaitu penempatan tanpa kebenaran yang melibatkan premis perniagaan, nurseri, rumah kongsi dan sebagainya,” katanya kepada Media Selangor.

Dalam operasi yang bermula jam 6 pagi itu, JPNS turut merobohkan premis milik sebuah syarikat pembinaan yang sering terlibat dalam pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi

Penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling meninjau kerja-kerja merobohkan struktur bina haram ketika Ops Selamat Fasa 3 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya pada 13 November 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Syarikat pembinaan tersebut dilengkapi depoh simpanan jentera berat, asrama pekerja, kolam ikan, haiwan ternakan serta gymnasium, membabitkan kawasan seluas 4.4 hektar Hutan Simpan Sungai Buloh.

Mohd Nor Firdaus berkata, pada awalnya anggota penguatkuasa berdepan situasi provokasi daripada pemilik premis yang enggan memberikan kerjasama dan keluar daripada kawasan berkenaan.

“Kalau ikutkan syarikat itu melibatkan kawasan 4.4 hektar dan dibina di kawasan hutan sejak lebih 15 tahun dulu. Terdapat juga rumah kongsi, jentera berat dan sebagainya.

Penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling membantu mengeluarkan barangan sebelum  merobohkan struktur bina haram ketika Ops Selamat Fasa 2 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya pada 12 November 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Pada awalnya memang terdapat provokasi daripada mereka tetapi dengan kekuatan pihak polis keadaan menjadi semakin terkawal dan mereka akhirnya memberikan kerjasama dengan baik,” katanya.

Mohd Nor Firdaus turut mengingatkan semua pemilik tanah mengikut saluran undang-undang ditetapkan dan tidak menceroboh kawasan perhutanan yang telah digazetkan kerajaan.

“Jika seseorang itu mahu sesebuah tanah terutamanya untuk menjalankan perniagaan, sila rujuk Pejabat Daerah dan Tanah mengenai status tanah tersebut dan mohon mengikut tatacara yang ditetapkan,” katanya.

Kerja-kerja merobohkan struktur bina haram ketika Ops Selamat Fasa 3 di Hutan Simpan Sungai Buloh, Petaling Jaya pada 13 November 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Berikut adalah kronologi usaha JPNS untuk membersihkan Hutan Simpan Sungai Buloh.

1 Dis 2024: Rundingan awal dengan pihak berkepentingan, termasuk Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS)

2 Dis 2024: Notis pengosongan pertama dikeluar

28 Januari & 20 Jun 2025: Penduduk tolak tawaran rumah Smart Sewa

22 April 2025: Bancian struktur & ternakan

16 Julai 2025: Pengusaha nurseri bincang pindah

1 Ogos 2025: Notis peringatan terakhir