ad

Selangor tunggu MMKN lulus cadangan larangan vape hujung tahun

29 Sep 2025, 12:46 AM
Selangor tunggu MMKN lulus cadangan larangan vape hujung tahun
Selangor tunggu MMKN lulus cadangan larangan vape hujung tahun
Selangor tunggu MMKN lulus cadangan larangan vape hujung tahun
Selangor tunggu MMKN lulus cadangan larangan vape hujung tahun
Selangor tunggu MMKN lulus cadangan larangan vape hujung tahun

KAJANG, 29 SEPT: Kerajaan Selangor menunggu keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung cadangan larangan penuh penggunaan rokok elektronik atau vape, kata EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin.

Beliau menjelaskan, sebarang keputusan mengenai perkara itu termasuk cadangan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan disasar dapat dilaksanakan hujung tahun ini.

Menurut Jamaliah, Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa lagi susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang meneliti cadangan larangan berkenaan.

“Kita nak tengok apakah naratif (penguatkuasaan larangan) dari Kerajaan Persekutuan. Negeri juga berharap pengharaman dibuat secara menyeluruh, sekiranya ingin membenteras isu penggunaan vape ini.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media selepas melawat reruai pameran ketika program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor di AEON Mall Cheras Selatan, Hulu Langat pada 28 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Namun, sekiranya pengharaman yang menyeluruh tidak mampu dilaksanakan, mekanisme pengawalan vape perlu dibuat membabitkan kerjasama Kerajaan Negeri dengan persekutuan untuk memastikan perundangan dapat diperketat dan pemantauan penguatkuasaan secara berkesan,” katanya.

Ditemui selepas merasmikan Kembara Denggi Selangor Siri 2, Jamaliah menegaskan Selangor tidak boleh terburu-buru dan mendahului keputusan persekutuan berhubung sebarang dasar berkaitan kawalan tembakau dan vape.

“Larangan ini ambil sedikit masa kerana kita ingin memastikan tindakan pengutkuasaan dapat diharmonikan dari setiap agensi berbeza yang melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Jadi untuk tujuan penyelarasan penguatkuasaan dan perundangan, kita akan menganjurkan bengkel setiap agensi terlibat sebelum cadangan larangan dibentangkan ke MMKN,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM menyasarkan pengharaman penjualan vape dapat dikuatkuasakan seawal pertengahan tahun depan secara berperingkat, bermula dengan sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis produk.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin melawat reruai pameran ketika program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor di AEON Mall Cheras Selatan, Hulu Langat pada 28 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR