ad

Hijrah perkenal kempen tawar keuntungan serendah 8.8 peratus

9 Sep 2025, 11:15 AM
Hijrah perkenal kempen tawar keuntungan serendah 8.8 peratus
Hijrah perkenal kempen tawar keuntungan serendah 8.8 peratus
Hijrah perkenal kempen tawar keuntungan serendah 8.8 peratus
Hijrah perkenal kempen tawar keuntungan serendah 8.8 peratus
Hijrah perkenal kempen tawar keuntungan serendah 8.8 peratus

KLANG, 9 SEPT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) julung kali melancarkan kempen Celebr8.88% Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) Merdeka bagi membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata dengan peruntukan RM1 juta, kempen yang bermula Ogos lalu menawarkan kadar keuntungan istimewa serendah 8.8 peratus berbanding kadar biasa 10 peratus.

“Kempen ini bermula 12 Ogos lalu dan sebanyak 55 permohonan diterima dengan pembiayaan RM541,000. Menerusi kempen ini, kita sasar lebih 100 usahawan wanita dibantu menjelang November nanti.

“Antara permohonan yang diterima daripada sektor strategik seperti pertanian, makanan dan minuman, pemprosesan, perkhidmatan, pembekalan dan perternakan.

“Dengan adanya pembiayaan ini dapat membantu usahawan terlibat mengembangkan perniagaan, melonjakkan prestasi perusahaan sekali gus membuka peluang pekerjaan selain menyokong ekosistem ekonomi setempat,” katanya.

EXCO Keusahawanan Najwan Halimi (belakang, tengah) bergambar bersama usahawan Hijrah Selangor dalam Majlis Pelancaran Kempen Celebr8.88% Nadi Merdeka di Zuljannah Palace, Klang pada 9 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Ditemui pada majlis pelancaran kempen Celebr8.88% NaDI Merdeka, Mohd Najwan turut menyerahkan cek cura kepada 10 usahawan wanita yang menerima pembiayaan itu.

Kesemua usahawan itu menerima pembiayaan kadar istimewa 8.88 peratus yang berjumlah antara RM5,000 hingga RM10,000.

B Kanageswari

Sementara itu, penternak kambing dan rempah, B Kanageshwari, 35, berkata pembiayaan yang diterima buat kali pertama tahun lalu memberi kesan positif pada perniagaannya.

“Selepas terima pembiayaan pertama RM5,000 perniagaan saya mula berkembang dan tidak terhad di rumah semata-mata selain pelanggan juga bertambah.

“Sekarang perniagaan semakin baik dan mula masuk ke ekspo-ekspo. Skim ini sangat bagus untuk usahawan yang hendak kembangkan perniagaan,” katanya.

Siti Zubaidah Ruslan

Bagi Siti Zubaidah Ruslan, 52, beliau berhasrat menggunakan pembiayaan diterimanya untuk mempelajari rawatan alternatif supaya perniagaannya bertambah maju.

“Saya mula berniaga dalam bidang andaman bermula 2016 dan rawatan alternatif baru-baru ini. Untuk rawatan alternatif bidangnya agak meluas jadi memerlukan modal.

“Biarpun pada awalnya saya khuatir pembiayaan ini scammer kerana mudah tetapi alhamdulillah skim ini berbaloi selain bayaran semula juga tidak membebankan,” katanya.

Untuk rekod, Hijrah Selangor menawarkan dua skim pembiayaan i-Bisnes dengan tawaran sehingga RM50,000 manakala NaDI pula menyediakan modal sehingga RM50,000 khas untuk kumpulan usahawan wanita mengembangkan perniagaan khusus di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.