ad

Baucar buku MADANI: Penuntut IPT boleh dapat kombo IBDE serendah RM60

9 Sep 2025, 9:22 AM
Baucar buku MADANI: Penuntut IPT boleh dapat kombo IBDE serendah RM60
Baucar buku MADANI: Penuntut IPT boleh dapat kombo IBDE serendah RM60

SHAH ALAM, 9 SEPT: Penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) boleh menebus baucar buku MADANI dengan belian buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) pada harga lebih murah.

Menurut IBDE, penuntut IPT berpeluang mendapat kombo dua buku dengan harga serendah RM60 hingga RM100 dengan penebusan menerusi portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).

Antara judul ditawar ialah Perempuan Seribu Satu Malam, Manusia Asuhan Rusa, Muhammad, Tunku Kelana Penuh Cinta, Umar Al-Khattab, Gelagat dan Ragam Orang Melayu serta banyak lagi.

“Dapatkan buku-buku serta kombo eksklusif IBDE merangkumi biografi, sejarah, agama, sastera dan banyak lagi bermula 28 Ogos hingga 29 September itu,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Inisiatif baucar buku MADANI bernilai RM100 kepada penuntut IPT memanfaatkan 500,000 pelajar merangkumi universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.