AGENDA

Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni

6 Jun 2025, 3:30 PM
Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni
Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni
Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni
Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni
Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni
Didik kanak-kanak tentang keselamatan diri melalui seni

OLEH MUHAMMAD REY HAZRIELL

SHAH ALAM, 6 JUN: Usaha kreatif sekumpulan anak muda menggunakan seni untuk mendidik kanak-kanak tentang keselamatan diri mencuri perhatian di Festival Kartun Perpaduan.

Salah seorang ahli Pocket of Pink yang menerbitkan buku Express to Empower, Ain Husniza, 21, berkata, karya berilustrasi yang dihasilkan membawa mesej besar tentang pendidikan seksual awal kanak-kanak.

“Sekarang banyak kes amang seksual yang ancam kanak-kanak sekolah dan ada jurang yang perlu kita isi untuk ajar mereka jaga diri,” katanya.

[caption id="attachment_704302" align="aligncenter" width="673"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad memberi semangat kepada peserta cilik pertandingan mewarna sempena Festival Kartun Perpaduan Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 6 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau berkata buku itu menggabungkan seni melukis dengan pendidikan menyeluruh tentang hak badan dan hak diri.

Buku tersebut mempunyai pelbagai isi menarik dan interaktif disamping mengajar pembaca tentang pendidikan seks yang memanfaatkan pembaca untuk menjaga diri.

“Dengan berikan pendidikan ini, saya harap dapat ajar kanak-kanak bagaimana untuk jaga diri mereka sendiri, terutamanya di sekolah,” tambahnya.

[caption id="attachment_704304" align="aligncenter" width="681"] Peserta cilik, Zahra Humaira Shahfizul, 9, bangga menunjukkan hasil lukisannya sempena Festival Kartun Perpaduan Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 6 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Menurut Ain, idea menulis buku itu timbul selepas dia dan rakan-rakan menyedari banyak kes gangguan seksual kanak-kanak diremehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kebanyakannya berlaku sebab ada perkara salah yang kanak-kanak tak tahu pun salah. Pendidikan seksual ini bukan perkara lucah, tapi soal keselamatan kanak-kanak,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap pendidikan seksual awal kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

Festival Kartun Perpaduan Selangor berlangsung meriah pada 4 Jun lalu dengan kehadiran lebih 500 pengunjung.

[caption id="attachment_704307" align="aligncenter" width="710"] Orang ramai leka meneliti hasil lukisan bertemakan perpaduan yang dipamerkan sempena Festival Kartun Perpaduan Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 6 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR[/caption]

Program anjuran Persatuan Seni Sketsa Selangor (Saksama) itu menawarkan pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan mewarna dan slot khas bersama pelukis mistik.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkata program itu selari dengan misi perpustakaan mendidik generasi muda agar lebih aktif dan kreatif serentak menjauhi ketagihan gajet.

[caption id="attachment_704303" align="aligncenter" width="709"] Kartunis Zunar meninjau peserta pertandingan mewarna di Festival Kartun Perpaduan Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 6 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_704306" align="aligncenter" width="709"]
Orang ramai teruja menyaksikan persembahan wayang kulit yang menjadi antara tarikan utama Festival Kartun Perpaduan Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 6 Jun 2025.
Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM / MEDIA SELANGOR[/caption]