KLANG, 22 MAC: Kerajaan Negeri menyediakan bas percuma bagi menghantar mahasiswa Selangor kembali ke institusi pengajian tinggi awam selepas sambutan Aidilfitri.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melibatkan sejumlah dana itu bertujuan membela kebajikan mahasiswa selain meringankan beban kewangan mereka.
[caption id="attachment_692748" align="aligncenter" width="788"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Gudang Makanan Selangor (GMS) daging beku satu juta kilogram kerajaan negeri di Tiong Nam Logistic, Pelabuhan Klang, Klang pada 22 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Sebelum ini kita sediakan bas bawa mahasiswa balik ke Selangor ketika raya tapi tahun ini kebanyakan mereka sudah ada di kampung pada minggu pertama Ramadan
“Mereka habiskan cuti semester. Untuk balik ke rumah, permintaan agak rendah sebab yang tinggal di universiti dalam kalangan pelajar asasi, sarjana dan doktor falsafah,” katanya ditemui selepas melancarkan Gudang Makanan Selangor hari ini.
[caption id="attachment_692738" align="aligncenter" width="811"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melakukan gimik pelancaran Gudang Makanan Selangor (GMS) daging sejuk beku satu juta kilogram Kerajaan Negeri di Tiong Nam Logistic, Pelabuhan Klang, Klang pada 22 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Amirudin berkata pelancaran program berkenaan akan dilaksanakan pada minggu pertama Aidilfitri.
“Nanti kita akan maklumkan. Untuk khidmat hantar pulang sahaja, ia merupakan kali pertama. Masa pandemik kita ada ambil dan hantar mereka ke universiti,” katanya.
Sempena Aidilfitri tahun lalu, pentadbiran menyediakan lima bas bagi membawa pulang lebih 180 mahasiswa Selangor daripada beberapa universiti tempatan menerusi program Mahasiswa Selangor Pulang Beraya 2024.
Khidmat berkenaan melibatkan pelajar Universiti Sains Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melak, Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan Universiti Malaysia Pahang.


