AGENDA

Karya tokoh ilmuwan Melayu Za'ba kekal relevan sebagai rujukan

3 Jan 2025, 3:24 AM
Karya tokoh ilmuwan Melayu Za'ba kekal relevan sebagai rujukan
Karya tokoh ilmuwan Melayu Za'ba kekal relevan sebagai rujukan

Oleh Aida Mohamed Nyan

BANGI, 3 JAN: Hasil penulisan Za'ba, seorang tokoh ilmuwan Melayu tersohor terus diangkat sebagai rujukan penting dalam mendidik dan membentuk pemikiran generasi baharu.

Kandungan karyanya kaya dengan nilai keilmuan dan manfaat, menjadikannya berbeza daripada karya kontemporari, kata Presiden Benevolent Malaysia, Muhamad Hanapi Jamaludin.

"Buku yang memang berwibawa sehinggakan diiktiraf oleh tokoh-tokoh besar. Ia berisi berkhasiat yang baik untuk menjadi makanan spiritual dan fizikal kita," katanya dalam Siri Wacana Membaca Za'ba di Awal 2025 di sini, pada 1 Januari.

[caption id="attachment_680476" align="alignright" width="456"] Presiden Benevolent Malaysia Muhamad Hanapi Jamaludin bercakap ketika Siri Wacana JBK: Membaca Za'ba di Awal 2025 (Kemiskinan Melayu Dan Jalan Kepulihannya) di Dewan Jejak Buku & Kopi, Kajang pada 1 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bertemakan 'Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya', Muhamad Hanapi menyeru Kerajaan Selangor menjadi perintis mengangkat karya Za'ba sebagai bahan bacaan utama untuk generasi muda.

"Kita syorkan Selangor mengangkat buku ini sebagai bacaan atau diwacanakan dan diluncurkan memandangkan negeri itu menjadi tanda aras masyarakat pribumi yang harus maju," katanya lagi.

Za'ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad, mula menulis sejak 1916.

Karyanya meliputi pelbagai bidang termasuk bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik. Antara hasil penulisannya yang terkenal adalah:

Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 pada usia 78 tahun, namun sumbangan beliau dalam membangunkan masyarakat Melayu kekal relevan hingga kini.