SELANGOR

Pelepasan cukai beli mesin kompos kurangkan sisa di ruang sampah bangunan

21 Okt 2024, 5:26 AM
Pelepasan cukai beli mesin kompos kurangkan sisa di ruang sampah bangunan
Pelepasan cukai beli mesin kompos kurangkan sisa di ruang sampah bangunan
Pelepasan cukai beli mesin kompos kurangkan sisa di ruang sampah bangunan

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

PUCHONG, 21 OKT: Pelepasan cukai bagi pembelian mesin kompos sisa makanan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Meski ramai yang belum biasa mendengar tentang amalan mengkompos sisa makanan melalui mesin di rumah, namun inisiatif itu dapat memupuk budaya kitar semula terutama sisa domestik.

Berikut reaksi orang ramai:

[caption id="attachment_669235" align="alignleft" width="342"] Chow Kar Yen[/caption]

"Kalau mesin itu dapat pelepasan cukai, ataupun ada inisiatif daripada kerajaan sebenarnya menggalakkan lagi ramai orang buat kitar semula. Saya juga mahu membelinya atau kalau harganya murah sedikit." - Chow Kar Yen

"Mengkompos sisa makanan di rumah mempunyai kelebihan tersendiri, apatah lagi baja yang dihasilkan mungkin boleh dijadikan sebagai bahan untuk dijual atau digunakan untuk tujuan pertanian." - Muhammad Shabiredza Raub

"Usaha ini sangat bagus, jadi tidak perlu kerap turun untuk membuang sampah bagi mereka yang tinggal di pangsapuri kos rendah, tempat pelupusan juga tidak dipenuhi dengan sampah." - Norsafura Alwi

"Dengan adanya mesin kompos yang diberi pelepasan cukai, diharap negara ini boleh menjadi bersih seperti negara maju yang lain, harap ia dapat dilaksanakan secara berterusan." - Sasuardi Nasaruddin

[caption id="attachment_669233" align="alignright" width="390"] Norsafura Alwi[/caption]

Belanjawan 2025 yang dibentang Jumaat lalu, perdana menteri mengumumkan cadangan memberi pelepasan cukai pendapatan kepada individu yang membeli mesin kompos sisa makanan domestik.

Cadangan bagi menggalakkan aktiviti kitar semula sisa makanan di rumah yang boleh dijadikan baja organik itu, meliputi had pelepasan kekal pada RM2,500.

Tuntutan pelepasan tersebut diperincikan boleh dilaksana sekali dalam tempoh tiga tahun taksiran, secara menyeluruh, aturan itu akan mula dikuatkuasa pada taksiran 2025 hingga 2027.