AGENDA

Belanjawan 2025: Apa rakyat dapat?

18 Okt 2024, 11:47 AM
Belanjawan 2025: Apa rakyat dapat?

SHAH ALAM, 18 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 hari ini untuk membawa ekonomi ke tahap lebih baik disebalik ketidaktentuan ekonomi dunia.

Bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat', ia adalah belanjawan ketiga Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar untuk memperkasa agenda pembangunan negara dan membela kebajikan rakyat terutama golongan memerlukan.

Kerajaan memperuntukkan RM421.0 bilion atau 20.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), peningkatan 3.3 peratus daripada RM407.5 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 yang disemak semula.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan telah menyemak jumlah perbelanjaan 2024 kepada RM407.5 bilion daripada RM393.8 bilion selepas mengambil kira perbelanjaan tambahan untuk subsidi.

Belanjawan 2025 adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang. Berikut sebahagian inti pati Belanjawan 2025:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 

  • 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan, ketimbang 700 ribu penerima tahun ini.
  • Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025. Penerima boleh membeli

    barangan asas, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

  • Kategori bujang menerima STR RM 600.
  • Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 ringgit ketimbang RM3,700.

Bantuan pendidikan

  • RM2 billion untuk makanan di asrama.
  • RM870 untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memanfaatkan 860,000 murid.
  • RM800 juta bantuan awal persekolahan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa

    mengira pendapatan ibu bapa.

Pendidikan tinggi

  • Peruntukan keseluruhan RM4 bilion dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan.

Menampung bayaran lesen motosikal, topi keledar percuma

  • Tampung bayaran lesen motosikal kepada 15,000 anak muda kurang mampu seperti golongan pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.
  • Sebanyak 67,000 keluarga susah akan terima topi keledar percuma untuk menjaga keselamatan anak-anak.

Bantuan tiket kapal terbang

  • 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya Sabah dan Sarawak diberi bantuan pembelian tiket penerbangan untuk pulang ke kampung halaman.

Program merancak ekonomi desa

  • RM600 juta - merancakkan ekonomi desa, pedalaman & kampung Orang Asli.
  • RM200 juta - perluaskan kampung angkat Madani.
  • RM100 juta - untuk universiti awam dan institusi TVET melaksanakan program Kampung Angkat Madani serta beri khidmat TVET.
  • RM100 - perkasa komuniti PPR seluruh negara.

Jualan Rahmah

  • Program menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap

    bulan.

  • Memperbanyak saluran program kos sara hidup bagi mengawal harga barang termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan

    sebagainya.

Skim Perubatan Madani

  • RM120 juta diperuntuk khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta.

Tingkat keselamatan siber

  • Seiring komitmen membenteng keselamatan siber negara dan penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024, Agensi Keselamatan Siber Negara  diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.

Bantuan khas penjawat awam, pesara

  • Bantuan khas RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah manakala pesara RM250.

Sumbangan khas guru KAFA

  • Lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut menerima sumbangan khas RM500.

Bantuan Sara Hidup untuk veteran tentera tidak berpencen

  • Jumlah bantuan dinaikan kepada RM500 berbanding RM300.

Akaun Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) 

  • Seramai 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) layak membuka akaun ASNB bernilai RM50 secara percuma.

Insentif pesawah, nelayan

  • Sejumlah RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan
  • Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan di Semenanjung dinaikkan kepada RM84,000 manakala RM90,000 untuk Sabah dan Sarawak.

Aktiviti keusahawanan dalam talian

  • 100 juta ringgit juga disediakan untuk tempoh lima  tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.

Bantuan kebajikan warga emas

  • Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan ketimbang 500 ringgit sebulan.

Bantuan kebajikan anak keluarga miskin

  •  RM250 ringgit untuk umur 6 tahun dan ke bawah
  •  RM200  seorang untuk umur 7 hingga 18 tahun
  • Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga

Dasar Gaji Progresif

  • RM200 juta diperuntuk bagi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang memanfaatkan 50,000 pekerja di negara ini.
  • Dasar ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan selepas dilaksanakan secara rintis sejak Jun lalu.

Gaji minimum

  • Kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025.
  • Penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang

    daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Pelepasan cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

  • Pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam SSPN dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi.

Pelepasan cukai pendapatan

  • Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 adalah juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama.

Pelepasan cukai rumah pertama

  • Pelepasan cukai sehingga RM7,000 bagi rumah berharga sehingga RM500,000.
  • Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi rumah berharga antara RM500,000 hingga RM750,000.

Bantuan penjaja kecil

  • RM3.2 bilion untuk pinjaman bersaiz mikro bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, Bumiputera dan masyarakat Cina.
  • Bank Negara Malaysia menyediakan dana pinjaman PKS sebanyak RM3.8 bilion bagi menyokong usahawan beralih ke digital dan automasi selain membantu sektor agromakanan dan amalan lestari.

Baik pulih gerai

  • RM100 juta disediakan untuk penjaja dan peniaga kecil termasuk membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam, ruang niaga Tamu Desa Sabah dan Sarawak dan menaik taraf kemudahan perniagaan bawah DBKL dan MARA.

Menaik taraf dan menyelenggara sekolah

  • RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.
  • RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jeni sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU.
  • RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Peruntukan pendidikan kecerdasan buatan (AI)

  • RM50 juta diperuntuk untuk memperluas pendidikan AI ke semua universiti penyelidikan.

Capaian internet sekolah luar bandar

  • RM100 juta diperuntukkan bagi meningkatkan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman.

Kesihatan

  • RM1.35 bilion bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad pesakit.
  • RM300 juta menaik taraf klinik daif di seluruh negara.

Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS

  • Tumpuan utama untuk meningkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion dan menjana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Mengupaya anak huffaz

  • RM55 juta diperuntuk kepada GiatMARA dan kolej komuniti untuk mengupaya 10,000 anak huffaz dari institusi tahfiz dan pondok dengan latihan kemahiran dalam tempoh 5 tahun.
  • GiatMARA juga akan menyediakan latihan jangka pendek kepada lebih 3,000 pekerja gig.

Industri halal

  • Juruaudit halal JAKIM ditambah seramai 100 orang.
  • Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.