SELANGOR

PKNS targets to sell 44 property units

25 Aug 2017, 5:57 PM
PKNS targets to sell 44 property units
PKNS targets to sell 44 property units

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited meneruskan tumpuan dalam menyediakan lebih banyak rumah mampu milik khusus bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noraida Mohd Yusof berkata, sebanyak 9,000 unit rumah di bawah projek Rumah Selangorku idaman PKNS (RSKU) akan dibina bermula tahun depan hingga 2020.

Katanya, perancangan projek itu membabitkan 12,000 unit termasuk unit siap sebanyak 3,000, tahun ini.

"Usaha ini sekali gus menyumbang kepada pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS.

"Pembinaan rumah ini dibangunkan menerusi keutungan dijana daripada projek ekonomi dan berharga tinggi," katanya ketik Majlis Pelancaran Insentif MyPKNS dan pameran koleksi hartanah di Kompleks PKNS, baru-baru ini.

Noraida berkata, bagi pembinaan rumah mampu milik, PKNS menanggung RM20,000 hingga RM30,000 bagi setiap unit rumah.

29-12-rumah-pkns-2"Elemen cross subsidi ini hasil keuntungan projek harga tinggi PKNS yang dibangunkan untuk menampung projek sosial PKNS," katanya.

Terdahulu, PKNS menyasarkan penjualan 44 unit hartanah bernilai RM12 juta menerusi pameran Koleksi Hartanah di Plaza PKNS yang berlangsung selama 10 hari, bermula Jumaat lalu.

Pengurus Jualan Hartanah Wilayah Tengah PKNS, Mohd Wazir Abdul Gani berkata, pameran sempena ulang tahun PKNS ke-53 itu bertujuan memberi pendedahan dan informasi terkini kepada pengunjung berkenaan projek hartanah serta komersial perbadanan terbabit.

Katanya, antara produk ditawarkan ialah Anggun 1 dan 2, Vega Residensi di City Berjaya, Citrina 2 dan 3 di Bernam Jaya, Opal Residensi di Shah Alam dan Puteri Daffina 2 di Kota Puteri.

What do you think?

Latest
MidRec
Media Selangor
About Us

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), a subsidiary of Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), is the official media agency of the Selangor State Government. In addition to the Media Selangor news portal (formerly known as Selangorkini & Selangor Journal), Media Selangor also publishes newspapers in Mandarin, Tamil, and English.