Uncategorized

Keluarga penerima pertama Anugerah Bill Kayong

21 May 2017, 6:16 PM
Keluarga penerima pertama Anugerah Bill Kayong

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 MEI: Keluarga Allahyarham Bill Kayong menjadi penerima pertama 'Anugerah Bill Kayong' pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-12 KEADILAN.

Anugerah itu disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada adik Allahyarham Bill Kayong, Davy Kayong sambil disaksikan anak Allahyarham Bill, Zinadine Zidane.

Davy dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada KEADILAN kerana menghargai jasa Allahyarham abangnya.

Allahyarham Bill turut meninggalkan seorang balu, Hasyikin Hatta dan seorang lagi anak perempuan, Veralyna.

Dr Wan Azizah dalam Ucapan Dasar Presiden pada sebelah pagi turut merakamkan penghargaan kepada Allahyarham Bill Kayong yang selama ini berjuang mempertahankan keadilan tanah adat NCR daripada dirampas pihak berkepentingan.

https://selangorkini.my/2017/05/anugerah-bill-kayong-hargai-pejuang-rakyat/

=EZY=

What do you think?

Latest
MidRec
Media Selangor
About Us

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), a subsidiary of Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), is the official media agency of the Selangor State Government. In addition to the Media Selangor news portal (formerly known as Selangorkini & Selangor Journal), Media Selangor also publishes newspapers in Mandarin, Tamil, and English.