SELANGOR

MB: Graveyard issue discussed in MTES

1 Mar 2017, 2:49 AM
MB: Graveyard issue discussed in MTES

OLEH AFIX REDZUAN

KAJANG, 28 FEB: Bantahan dikemukakan terhadap cadangan projek pembinaan jirat di Kampung Bukit Cerakah, Kuala Selangor dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) akan datang.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sudah meminta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengemukakan laporan supaya memorandum bantahan dikemukakan dapat diteliti semula.

"Saya mendapat laporan awal selepas menyerahan memorandum daripada segelintir individu yang membantah namun kita masih memberikan perhatian.

"Saya sudah meminta Majlis Daerah (Kuala Selangor) untuk mengemukakan laporan dan kita akan bawa dalam mesyuarat MTES akan datang. Kita lihat merit bantahan tersebut.

"Tetapi kita juga harus memberikan penjelasan mengenai perkara ini kepada mereka yang membuat bantahan," katanya.

Pada 11 Januari lalu, kira-kira 300 penduduk dari lima kampung di Kuala Selangor mengadakan bantahan terhadap cadangan projek pembinaan jirat ekoran lokasi disifatkan tidak sesuai selain berhampiran kediaman penduduk.

Lima kampung yang membantah projek itu ialah Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Kerayong dan Bandar Puncak Alam.

Lanjutan dari itu, satu memorandum tiga muka surat berserta kira-kira 2,000 tanda tangan penduduk kampung berkenaan diserahkan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 19 Januari lalu.

=EZY=

Latest
MidRec
About Us

Media Selangor Sdn Bhd, a subsidiary of the Selangor State Government (MBI), is a government media agency. In addition to Selangorkini and SelangorTV, the company also publishes portals and newspapers in Mandarin, Tamil and English.