SELANGOR

Renew MPSJ business and advertisement licenses

5 Dec 2016, 8:06 PM
Renew MPSJ business and advertisement licenses
Renew MPSJ business and advertisement licenses

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 DIS: Pemilik perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diseru melakukan pembaharuan Lesen Perniagaan dan Iklan bagi tahun 2017.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Muhammad Azli Miswan berkata, ia boleh dibuat bermula sekarang hingga 31 Januari hadapan.

Katanya, urusan berkenaan boleh dilakukan di Kaunter Ibu Pejabat, Kaunter Pejabat Cawangan Bandar Puteri, Puchong dan Pejabat Cawangan MPSJ (Stadium), Serdang Jaya.

"Pemilik perniagaan juga diingatkan untuk menjelaskan tunggakan Notis Tawaran Kompaun (NTK).mpsj-1

"Mereka perlu memastikan semua syarat tambahan bagi Lesen Perniagaan dan Iklan dipatuhi dan kelulusan masih belum tamat tempoh sah lakunya sebelum membuat pembaharuan lesen," katanya dalam kenyataan.

Waktu operasi Kaunter dan Kiosk di Ibu Pejabat pada Isnin hingga Jumaat adalah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Ia juga akan dibuka pada hari Sabtu iaitu pada 17 dan 31 Disember ini pada jam 9 pagi hingga 1 petang.

Pembaharuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui laman web MPSJ di www.mpsj.gov.my dan pelanggan perlu berdaftar dengan My@MPSJ.

-nR-

What do you think?

Latest
MidRec
Media Selangor
About Us

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), a subsidiary of Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), is the official media agency of the Selangor State Government. In addition to the Media Selangor news portal (formerly known as Selangorkini & Selangor Journal), Media Selangor also publishes newspapers in Mandarin, Tamil, and English.