SELANGOR

MBSA wins Community Based Planning 2016 award

28 Nov 2016, 7:21 PM
MBSA wins Community Based Planning 2016 award
MBSA wins Community Based Planning 2016 award

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul anugerah 'Community Based Planning Award' 2016 pada Anugerah MIP Planning Excellence Award, pada 25 November lalu.

MBSA dalam kenyataaannya di Facebook memaklumkan, pengiktirafan tersebut diberikan menerusi kejayaan penghasilan Projek Shah Alam Mini Zee Bee yang diperkenalkan sejak 2013 lagi.

"Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah berjaya memenangi Anugerah 'Community Based Planning Award' 2016 untuk Projek Shah Alam Mini Zee Bee yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)," katanya.

Program Mini ZeeBee diwujudkan sebagai sebagian inisiatif pihak majlis memupuk kesedaran terhadap kebersihan melalui penglibatan komuniti serta mengeratkan lagi perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat di kawasan pentadbirannya.

Diharap kejayaan tersebut mampu memberi sumbang saran ke arah menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai bandar hijau dan bebas karbon menjelang 2030.image

-nR-

What do you think?

Latest
MidRec
Media Selangor
About Us

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), a subsidiary of Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), is the official media agency of the Selangor State Government. In addition to the Media Selangor news portal (formerly known as Selangorkini & Selangor Journal), Media Selangor also publishes newspapers in Mandarin, Tamil, and English.