SELANGOR

Over 50,000 visit Selangor Agrofest 2016

25 Oct 2016, 6:16 AM
Over 50,000 visit Selangor Agrofest 2016
Over 50,000 visit Selangor Agrofest 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

MORIB, 23 OKT: Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Selangor Agrofest (SAF) 2016 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat sejak 20 hingga 23 Oktober lalu.

Ia disifatkan berjaya sekaligus mencapai matlamat penganjurannya selaras dengan tema 'SmartAgro,SmartSelangor' menyokong usaha penggiat industri pertanian ke arah penjanaan pendapatan hasil tani yang lebih maksimum.

Penganjuran kali keenam sejak 2011 adalah simbolik kepada sokongan Kerajaan Negeri terhadap golongan petani dan penternak di seluruh negeri dengan menghimpunkan gerai-gerai pameran hasil pertanian, penternakan, agrikultur, produk industri asas tani dan lain-lain yang berkait dengan pertanian.

_mg_1679Selain itu, pameran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor turut memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri pelbagai jenis ternakan dan haiwan peliharaan serta perkhidmatan klinik haiwan bergerak.

Selain itu, rangka ikan paus enis ‘‘Balaenoptera borealis’ berukuran 12.8 meter panjang dan 2.6 meter lebar yang ditemui terdampar di Pulau Carey pada 2005 turut menarik perhatian ramai apabila ia pertama kali dibawa kembali ke Kuala Langat untuk dipertunjukkan kepada penduduk setempat.

Sekurang-kurangnya lebih 100 tapak niaga disediakan khusus membantu usahawan tempatan meraih pendapatan besar menerusi jualan sejuk beku, kerepek, minuman herba dan anak-anak pokok.

Majlis penutup program terbabit diceriakan dengan Festa Buahan-buahan dengan menghidangkan lebih 10 jenis buah-buahan tempatan percuma kepada pengunjung.

 

-nR-

Latest
MidRec
About Us

Media Selangor Sdn Bhd, a subsidiary of the Selangor State Government (MBI), is a government media agency. In addition to Selangorkini and SelangorTV, the company also publishes portals and newspapers in Mandarin, Tamil and English.