SELANGOR

Tengku Amir ramal Red Giants menang 2-1

25 Oct 2016, 5:42 AM
Tengku Amir ramal Red Giants menang 2-1

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 OKT: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah meramalkan Selangor bakal menewaskan Kedah, 2-1 dalam aksi akhir TM Piala Malaysia, pada 30 Oktober ini.

Baginda bertitah, pertembungan kali ini sudah pastinya sengit buat kedua-dua pasukan dan The Red Giants diharapkan mampu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menjulang trofi itu buat kali ke-34.

"Ramalan beta? Tidak tahu. 2-1, sudah pastinya memihak kepada Selangor.

"Beta mengucapkan selamat berjaya kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Perkara penting mereka mesti kekal fokus sebagai satu pasukan dan profesional.

"Mereka perlu bekerja keras kerana ini perlawanan sengit. Kedah turut memburunya (kejuaraan)," titah baginda.

Selangor akan bertemu Kedah di Stadium Shah Alam dalam aksi final kali kedua berturut-turut selepas berjaya menewaskan pasukan sama tahun lalu.

Dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri dalam setiap babak berjaya merealisasikan impian menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

-AA-

Latest
MidRec
About Us

Media Selangor Sdn Bhd, a subsidiary of the Selangor State Government (MBI), is a government media agency. In addition to Selangorkini and SelangorTV, the company also publishes portals and newspapers in Mandarin, Tamil and English.