FEATURED NEWS

Pulau Indah to have a mini museum

2 Sep 2016, 1:49 AM
Pulau Indah to have a mini museum
Pulau Indah to have a mini museum

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 1 SEPT: Pulau Indah bakal memiliki galeri warisan (mini muzium) sendiri menempatkan pelbagai koleksi sejarah sebagai tarikan terbaru di kawasan itu.

Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, galeri terbabit menggunakan bangunan balai raya terawal dibina sejak 1974 di situ sebagai tapak.

Katanya, seni bina asalnya masih dikekalkan, namun ruang dalaman diubah suai dan ditambah baik bagi mewujudkan suasana galeri sejarah.

"Selepas melalui beberapa siri perbincangan, impian saya juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Perigi Nanas, Pulau Indah untuk menyiapkan Galeri Warisan Pulau Indah (Muzium Mini) tercapai.

"Di sini akan ditempatkan bahan sejarah Pulau Indah yang asalnya dipanggil Pulau Lumut untuk tatapan generasi akan datang.

PULAU INDAH 1"Tahniah kepada JKKK dipengerusikan Tok Zulkifli Abdul Wahab bersama ahli jawatankuasanya yang bertungkus lumus menyiapkan galeri ini," tulisnya di Facebook.

Pada masa sama, Azmizam mengalu-alukan orang ramai terutama penduduk Pulau Indah untuk menyumbang bahan sejarah berkenaan kawasan itu bagi menambah koleksi sedia ada.

Beliau berkata, galeri itu akan terus diperbaiki dari masa ke masa bagi memastikan tradisi Pulau Indah kekal terpelihara.

"Jika sudah siap sepenuhnya, galeri ini akan dibuka kepada orang ramai yang ingin datang melawat," katanya.

-AA-

What do you think?

Latest
MidRec
Media Selangor
About Us

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), a subsidiary of Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), is the official media agency of the Selangor State Government. In addition to the Media Selangor news portal (formerly known as Selangorkini & Selangor Journal), Media Selangor also publishes newspapers in Mandarin, Tamil, and English.