Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat negeri di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyempurnakan perasmian majlis perayaan bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam itu.
Turut hadir, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kemajuan Desa & Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze dan pimpinan Kerajaan Negeri.
Selain dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan, orang ramai dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian bertemakan hari Natal.
Dalam majlis itu, Amirudin juga menyampaikan bantuan kewangan rumah ibadat (Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao) berjumlah RM565,200.
Sebagai persiapan menyambut Krismas, keadaan pusat beli-belah di Selangor dan Kuala Lumpur turut berubah wajah menjadi meriah dengan pelbagai hiasan.
Jurufoto REMY ARIFIN, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, HARUN TAJUDIN dan NUR ADIBAH AHMAD IZAM merakamkan kemeriahan persediaan sambutan kali ini. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.
Sekumpulan kanak-kanak membuat persembahan ketika majlis Rumah Terbuka Krismas negeri di Subang Jaya pada 14 Disember
Dato' Menteri Besar menyampaikan cek cura bantuan kewangan rumah ibadat ketika majlis Rumah Terbuka Krismas di Subang Jaya pada 14 Disember
Dua lelaki dewasa memakai busana gergasi santa claus sambil mengedar hadiah kepada kanak-kanak ketika sambutan Krismas Kerajaan Negeri pada 14 Disember
Kakitangan Gereja Our Lady of Lourdes menghias pokok krismas di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 18 Disember
Orang ramai berswafoto dengan Amirudin ketika majlis Rumah Terbuka Krismas di Dataran Bandar Sunway pada 14 Disember
Petugas SnoWalk @ i-City, Shah Alam pada 17 Disember membuat persiapan mencantikkan taman tema itu sempena sambutan Krismas
Pengunjung gembira bergambar di hadapan belon santa claus yang dipasang di pintu utama Sunway Pyramid pada 6 Disember. Foto Facebook Sunway Pyramid
Kanak-kanak teruja melihat penyelam memakai busana khas di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur pada 18 Disember. Foto BERNAMA
Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj bersama kanak-kanak selepas membeli persiapan Krismas di Klang pada 21 Disember. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj
Kanak-kanak menghias kek semasa program tanggungjawab sosial korporat anjuran Hotel Concorde, Shah Alam pada 19 Disember








