FEATURED NEWS

Zika virus a threat to pregnant women

7 Sep 2016, 2:45 PM
Zika virus a threat to pregnant women
Zika virus a threat to pregnant women

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 SEPT: Penduduk di sekitar Pusat Komersil Seksyen 7 terutama pelajar dan peniaga diingatkan supaya menjaga kebersihan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata walaupun jumlah kes denggi di Selangor mencatatkan prestasi turun naik namun sasaran menurunkan jumlah kes tetap menjadi keutamaan.

"Daerah Petaling masih lagi menjadi kawasan mencatatkan kes denggi tertinggi di Selangor.

"Namun antara tiga kawsan pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih mencatatkan kes terendah berbanding Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)," katanya.

IMG-20160906-WA0006Beliau berkata demikian kepada media pada Program Terjah Aedes di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Untuk minggu epid ke-35 berlaku peningkatan kes denggi dengan catatan 1,011 kes berbanding 970 kes pada minggu epid ke-34.

Katanya, penghapusan nyamuk Aedes penting kerana ia turut menyumbang kepada wabak Zika dan Chikungunya.

"Walaupun wabak Zika mengakibatkan kecacatan otak namun Aedes tetap berbahaya kerana ia boleh membawa kepada kematian," katanya.

Daroyah menambah, Kerajaan Negeri sedang mengkaji produk terbaru yang berupaya membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan projek perintis sedang dijalankan denvan kerjasama MBSA.

Dalam majlis sama, Daroyah turut melancarkan Unit Tindakan Denggi (UTD) MBSA yang ditempatkan di kawasan mempunyai tempoh wabak melebihi 100 hari atau melebihi 100 kes.

Sebelum ini, aktiviti sama sudah dijalankan di kuarters penjawat awam SUK Selangor di Seksyen 16.

EZY

Latest
MidRec
About Us

Media Selangor Sdn Bhd, a subsidiary of the Selangor State Government (MBI), is a government media agency. In addition to Selangorkini and SelangorTV, the company also publishes portals and newspapers in Mandarin, Tamil and English.